ENG | BM
Buletin
Saif Ali Khan rancang terbitkan filem biopik

Penulis: Nisa Irina

Saif Ali Khan sedia membenarkan anaknya menceburi dunia perfileman.
Saif Ali Khan sedia membenarkan anaknya menceburi dunia perfileman.

20 Mac – Bintang terkenal Saif Ali Khan mendedahkan perancangannya untuk menghasilkan sebuah filem biopik selepas bergelar penerbit namun bukan dalam masa terdekat.

"Buat masa ini, pihak kami sedang berunding untuk mendapatkan kebenaran hak cipta untuk menghasilkan sebuah filem biopik.

"Saya tidak boleh mendedahkan butirannya, tetapi ia sebuah naskhah yang menarik dan bakal pecah panggung. Saya berharap dapat menerbitkan filem ini tidak lama lagi," ujar Saif yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Bercakap mengenai anaknya Ibrahim, Saif memberitahu Ibrahim kini sudah bersedia untuk mengikut jejak langkahnya dalam menceburi industri seni dan perfileman.

"Dia lebih gemar membintangi filem dari menceburi kerjaya melibatkan akademik. Dunia semakin berubah mengikut penanda aras, jadi saya harap dia betul-betul bersedia dan memilih filem dengan berhati-hati," tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Saif telah selesai menjayakan penggambaran filem "Bunty Aur Babli 2" terbitan Aditya Chopra yang bakal ditayangkan di pawagam pada 26 Jun 2020.

Selain itu, Saif juga bakal membintangi filem komedi seram "Bhoot Police" bersama rakan aktor gandingannya Ali Fazal dan Fatima Sana Shaikh.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: India TV News)


Cinema Online, 20 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Filem Amitabh Bachchan "AB Anni CD" bakal dirilis semula
Perkara itu diputuskan oleh penerbit memandangkan panggung wayang ditutup akibat COVID-19.
Imtiaz Khan disahkan meninggal dunia
Pengarah dan aktor veteran itu meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan.
Sesi uji bakat filem buat Radhika Madan lebih yakin
Aktres itu berpendapat pelakon yang tidak menyertai uji bakat kurang keyakinan diri.