ENG | BM
Buletin
Sanya Malhotra kongsi persiapannya bagi filem "Pagglait"

Penulis: Nisa Irina

Sanya Malhotra berjaya buktikan bakat lakonannya kepada penonton.
Sanya Malhotra berjaya buktikan bakat lakonannya kepada penonton.

25 Mac – Aktres Sanya Malhotra yang baru-baru ini mengumumkan filem terbarunya "Pagglait" meluahkan keterujaannya dalam berkongsi persiapan bagi wataknya dalam filem arahan Umesh Bist tersebut.

Jika sebelumnya sebarang butiran masih belum didedahkan, kini aktres berkenaan memberitahu dia perlu mengubah cara pemikiran dan tingkah laku bersesuaian dengan watak yang ingin dijayakan.

"Biarpun saya telah melakukan banyak persiapan sebelum penggambaran, kadangkala saya perlu mengubah cara pemikiran untuk sesetengah watak.

"Tanpa disedari, cara pemikiran dan tingkah laku juga berubah mengikut watak yang dibawakan. Itulah yang berlaku ketika saya terlibat dengan penggambaran "Pagglait".

"Saya telah menjalani sesi membaca skrip bersama pengarah. Kami sudah berbincang dan memperkembangkan lagi watak ini, yang mana merupakan salah satu watak yang paling saya suka," ujarnya yang dipetik dari Times of India.

Seperti yang dikongsikan oleh Sanya di laman Instagram miliknya, sesi penggambaran telahpun berlangsung di Lucknow sejak November tahun lalu.

Diterbitkan oleh Guneet Monga di bawah syarikat produksi Sikhya Entertainment, "Pagglait" dijangka akan menemui penonton pada tahun ini.

Beralih ke perkembangan lain, Sanya akan turut membintangi dua buah filem lagi iaitu biopik "Shakuntala Devi" bersama Vidya Balan, serta filem "Ludo" arahan Anurag Basu.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Sanya Malhotra Instagram)


Cinema Online, 25 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Lara Dutta bakal bekerjasama dengan produksi United Kingdom
Aktres itu bersedia untuk menerbitkan sebuah filem bukan fiksyen terbaru.
Shraddha Kapoor pernah tolak tawaran berlakon dengan Salman Khan
Aktres itu ingin fokus terhadap pelajaran pada ketika itu.
Rhea Chakraborty kongsi video kecergasan ketika tempoh kuarantin
Aktres itu ingin beri motivasi kepada orang ramai untuk amalkan gaya hidup sihat.
Amitabh Bachchan kongsi info cegah COVID-19
Bintang veteran itu menyeru orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan diri.