ENG | BM
Buletin
Sesi uji bakat filem buat Radhika Madan lebih yakin

Penulis: Nisa Irina

Your fans are just as dismayed as you are, Natasha.
Radhika Madan bakal tampil dalam filem baru "Shiddat".
19 Mac - Jika kebanyakan pelakon enggan menyertai sesi uji bakat filem, lain pula bagi aktres baru Radhika Madan yang memberitahu perkara itu menambah keyakinan dalam dirinya.

Menurut aktres yang membuat debut menerusi filem komedi "Pataakha" itu, dia tidak mempunyai masalah untuk menyertai uji bakat, malah berasa lucu apabila terdapat pengarah yang terkejut akan keinginannya.

"Saya gemar menyertai uji bakat kerana saya berasa yakin untuk membawa sesuatu watak itu dan penerbit juga akan menyedari kebolehan saya.

"Selepas "Pataakha" dan "Mard Ko Dard Nahin Hota", ada pengarah uji bakat yang bertanyakan jika saya benar-benar ingin menyertai uji bakat bagi filem mereka," ujarnya yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Dalam pada itu, Radhika berpendapat bahawa para pelakon yang enggan menyertai uji bakat adalah kerana berasa kurang yakin dan ego dalam diri.

Terkini, Radhika sedang meraikan penglibatannya dalam filem baru "Angrezi Medium", yang mana dia berpeluang untuk berkongsi skrin dengan aktor terkenal Irrfan Khan dan Kareena Kapoor Khan.

Kutipan filem terbitan Dinesh Vijan itu mencatat angka yang agak memuaskan sejak ia ditayangkan pada 13 Mac. Para penonton dan pengkritik filem turut memberi maklum balas yang baik.

Walau bagaimanapun, tayangannya terpaksa dihentikan buat sementara waktu berikutan penutupan semua panggung wayang di India akibat penularan wabak COVID-19.

"Angrezi Medium" bakal kembali menghiburkan penonton di pawagam sejurus situasi kembali terkawal.

Dalam perkembangan lain, Radhika kini sedang terlibat dengan penggambaran filem "Shiddat" bersama aktor Sunny Kaushal, yang diterbitkan Dinesh Vijan dan Bhushan Kumar.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Radhika Madan Instagram)

Cinema Online, 19 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Latihan seni bela diri bantu Nora Fatehi kembangkan karier
Aktres itu sedang menjalani penggambaran filem sejarah "Bhuj: The Pride of India".
Produksi filem "Jersey" Shahid Kapoor ditangguhkan tiga minggu
Perkara itu berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
IIFA 2020 ditunda akibat wabak COVID-19
Perkara itu telah diputuskan oleh pihak penganjur dan kerajaan Madhya Pradesh.
Tayangan "Sandeep Aur Pinky Faraar" ditunda
Perkara itu ditetapkan oleh pihak produksi akibat penularan COVID-19.
Tamannaah Bhatia amal langkah pencegahan COVID-19
Aktres itu menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dengan keadaan semasa.
Saif Ali Khan rancang terbitkan filem biopik
Walau bagaimanapun perancangan itu kini masih dalam proses perbincangan awal.