ENG | BM
Buletin
Shahid Kapoor kongsi aktiviti ketika tempoh kuarantin

Penulis: Nisa Irina

Shahid Kapoor sempat kongsikan tips lakonan kepada peminatnya.
Shahid Kapoor sempat kongsikan tips lakonan kepada peminatnya.

24 Mac – Susulan penggambaran filem "Jersey" ditangguhkan sebagai langkah keselamatan dari pandemik COVID-19, aktor Shahid Kapoor meluangkan tempoh kuarantinnya dengan menjawab pertanyaan para peminat di laman sosial.

Di kesempatan itu, Shahid turut berkongsikan aktiviti yang dilakukan serta cara untuk kekal produktif sepanjang tempoh kuarantin dijalankan.

"Bahagikan masa anda dan kekal produktif. Mulakan sebuah rutin, cuba perkara baru. Saya juga melakukan persiapan untuk kerja-kerja yang ditangguhkan supaya bersedia apabila ia berjalan semula.

"Namun apa yang paling penting, gunakan peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan orang-orang tersayang.

"Pada waktu ini, anda digalakkan untuk mengamalkan pemakanan sihat. Cuba bersenam tetapi jangan berlebihan supaya sistem imuniti badan tidak berkurangan, serta kekal positif," tulisnya menerusi ruang Instagram Story.

Dalam pada itu, bintang filem "Kabir Singh" berkenaan turut meluahkan rasa teruja menantikan tayangan filem "Jersey" yang dijangka rilis pada 28 Ogos tahun ini.

Menurut pihak produksi, proses pos-produksi filem dijangka bermula sejurus penggambaran selesai dijalankan pada penghujung bulan Mei.

Diarahkan oleh Gowtam Tinnanuri, filem itu turut dibintangi pelakon lain seperti Mrunal Thakur, Pankaj Kapur, Mohan Kapoor, Disha Patani, Ajay Devgn, Anil Kapoor, Amitabh Bachchan dan ramai lagi.

(Sumber foto: Shahid Kapoor Instagram)


Cinema Online, 24 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Lara Dutta bakal bekerjasama dengan produksi United Kingdom
Aktres itu bersedia untuk menerbitkan sebuah filem bukan fiksyen terbaru.
Shraddha Kapoor pernah tolak tawaran berlakon dengan Salman Khan
Aktres itu ingin fokus terhadap pelajaran pada ketika itu.
Rhea Chakraborty kongsi video kecergasan ketika tempoh kuarantin
Aktres itu ingin beri motivasi kepada orang ramai untuk amalkan gaya hidup sihat.
Tahira Kashyap dan Ayushmann Khurrana pandai bahagi masa
Pasangan selebriti itu masih meluangkan masa bersama walaupun jadual kerja padat.
Watak Sanjay Dutt untuk filem "Bhuj: The Pride Of India" didedahkan
Filem aksi perang itu dijadual untuk ditayangkan pada 14 Ogos 2020.
Salman Khan gantung syarikat produksi SKF akibat COVID-19
Aktor dan penerbit itu akan mulakan operasi produksinya semula selepas situasi terkawal.
Yami Gautam imbangkan kerjaya dan kesihatan tubuh badan
Aktres itu mendedahkan dia berdepan masalah kesihatan pada tahun lalu.
Neeraj Pandey mungkin akan realisasikan filem "Crack"
Pembikin filem itu turut meluahkan hasrat untuk bekerjasama semula dengan Akshay Kumar.