ENG | BM
Buletin
Siddhant Chaturvedi tak kisah "Gully Boy" tak menang Oscar

Penulis: Nisa Irina

Siddhant Chaturvedi teruja terima maklum balas positif dari serata dunia.
Siddhant Chaturvedi teruja terima maklum balas positif dari serata dunia.

16 Jan – Biarpun filem Bollywood debutnya "Gully Boy" tidak berjaya mara ke pencalonan peringkat /khir Anugerah Oscar, namun aktor Siddhant Chaturvedi masih gembira kerana ia terpilih dalam pencalonan awal.

"Ya, saya agak kecewa sedikit tetapi saya masih gembira kerana ia merupakan filem pertama saya. Saya teruja apabila mendapat tahu "Gully Boy" layak untuk ke pencalonan awal Anugerah Oscar.

"Ia telah ditonton oleh juri dan didedahkan ke mata antarabangsa. Saya turut menerima mesej dari serata dunia. Filem itu digemari ramai jadi saya sangat gembira. Kemenangan tidak terlalu penting bagi saya," katanya yang dipetik dari Pinkvilla.

Filem arahan Zoya Akhtar itu telah ditayangkan di pawagam 14 Februari 2019 dan menerima sambutan menggalakkan dari kalangan penonton hingga ia menjadi filem Hindi ketujuh dengan kutipan tertinggi.

Selain Siddhant, "Gully Boy" turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Ranveer Singh, Alia Bhatt, Vijay Raaz, Vijay Varma, Amruta Subhash, Ikhlaque Khan, Kalki Koechlin dan ramai lagi.

Beralih ke perkembangan lain, Siddhant akan membintangi filem komedi "Bunty Aur Babli 2" arahan Varun V. Sharma dan diterbitkan oleh Aditya Chopra.

Ia turut menampilkan pelakon lain seperti Saif Ali Khan, Rani Mukerji dan pelakon baru Sharvari Wagh sebagai watak utama.

(Sumber foto: Rolling Stone India)
(Sumber artikel: Pinkvilla)


Cinema Online, 16 Januari 2020