ENG | BM
Buletin
"Sooryavanshi" akhirnya terpaksa ditunda juga

Penulis: Nisa Irina

Pihak produksi Rohit Shetty Picturez mementingkan keselamatan dan kesihatan semua pihak.
Pihak produksi Rohit Shetty Picturez mementingkan keselamatan dan kesihatan semua pihak.

14 Mac – Susulan penutupan semua panggung wayang di Delhi sehingga 31 Mac berikutan penularan wabak COVID-19, pembikin filem aksi "Sooryavanshi" akhirnya terpaksa menunda tayangan filem itu ke tarikh baru.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak produksi Rohit Shetty Picturez itu dikongsikan menerusi laman Instagram penerbit Karan Johar, pengarah Rohit Shetty dan aktor Akshay Kumar.

Baru-baru ini, pihak produksi turut mengadakan mesyuarat saat akhir untuk membincangkan soal penukaran tarikh tayangan seperti dicadangkan orang awam memandangkan wabak COVID-19 semakin meningkat.

""Sooryavanshi" adalah satu pengalaman yang kami ciptakan untuk anda dengan penuh dedikasi dan kerja keras selama setahun, dan maklum balas yang kami terima untuk treler filem ini sangat luar biasa dan ternyata filem ini milik para penonton.

"Seperti anda semua, kami juga teruja untuk mempersembahkan filem ini kepada anda sekeluarga, tetapi berikutan penularan wabak COVID-19 (Coronavirus), kami, pembikin filem, telah memutuskan untuk menunda tarikh rilis filem "Sooryavanshi", bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para penonton kami terjaga.

"Oleh itu, "Sooryavanshi" akan kembali untuk anda apabila tiba masa yang sesuai. Apa yang penting sekarang adalah keselamatan semua pihak. Sehingga itu, teruskan keterujaan anda untuk filem ini dan jaga diri," jelas pihak Rohit Shetty Picturez.

Asalnya, filem keempat dari alam sinematik polis Shetty itu bakal dirilis pada 24 Mac 2020 seperti yang dijadualkan. Menampilkan Akshay sebagai peneraju utama, filem itu diterbitkan oleh Karan Johar.

(Sumber foto: Rohit Shetty Instagram)


Cinema Online, 14 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Tara Sutaria jadi pilihan pihak produksi "Ek Villain 2"
Aktres itu akan digandingkan bersama tiga lagi peneraju utama filem sekuel tersebut.
Jackky Bhagnani bakal hasilkan 'remake' "The Burning Train" dalam skala besar
Produksi filem itu dijangka akan bermula pada separuh kedua tahun ini.
Ahmed Khan: Kami akan terus hidupkan francais "Baaghi"
Pengarah itu merancang untuk hasilkan "Baaghi 4" jika mendapat persetujuan penerbit.
IIFA 2020 ditunda akibat wabak COVID-19
Perkara itu telah diputuskan oleh pihak penganjur dan kerajaan Madhya Pradesh.
Produksi filem "Jersey" Shahid Kapoor ditangguhkan tiga minggu
Perkara itu berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
Latihan seni bela diri bantu Nora Fatehi kembangkan karier
Aktres itu sedang menjalani penggambaran filem sejarah "Bhuj: The Pride of India".
Karan Johar gantung produksi Dharma Productions
Perkara itu diputuskan berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19.
Produksi filem baru Shah Rukh Khan bakal mula Julai 2020
Filem itu berdasarkan kes serangan seksual yang berlaku di Muzaffarpur pada 2018.
Kriti Sanon perlu susutkan badan pula
Sebelum ini Kriti perlu menambah berat sebanyak 15kg untuk wataknya dalam filem "Mimi".
Filem Amitabh Bachchan "AB Anni CD" bakal dirilis semula
Perkara itu diputuskan oleh penerbit memandangkan panggung wayang ditutup akibat COVID-19.