ENG | BM
Buletin
Shah Rukh Khan bakal tandatangani filem terbarunya

Penulis: Ashraf Nasser

Judul filem atau jalan cerita mengenai filem terbaru Shah Rukh Khan itu masih belum didedahkan.
Judul filem atau jalan cerita mengenai filem terbaru Shah Rukh Khan
itu masih belum didedahkan.

15 Jan – Sejak bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan mengumumkan dia mahu berehat dari dunia lakonan selepas kegagalan dua filem terdahulunya iaitu "Zero" dan "Jab Harry Met Sejal".

Menurut laporan dari Masala, satu sumber memberitahu bahawa aktor itu mendapat lebih 30 tawaran berlakon filem terbaru.

"Shah Rukh Khan mempunyai 30-35 tawaran berlakon filem yang dia sedang pertimbangkan secara serius. Kesemua tawaran projek terbaru ini adalah daripada Sanjay Leela Bhansali, Yash Raj Films, Sajid Nadiadwala, T-Series dan banyak lagi.

"Dia (Shah Rukh Khan) akhirnya menjumpai naskhah yang dimahukannya. Projek terbarunya akan diarahkan oleh Raj Kumar Hirani yang mana Vidhu Vinod Chopra, Hirani dan produksi Shah Rukh Khan, Chillies akan menerbitkan filem itu," ujarnya.

Sumber itu turut mendedahkan genre filem yang bakal dibintangi oleh adalah 'komedi sosial' yang mana ia relevan dengan keadaan semasa tetapi tidak terlalu kontroversi.

Terdahulu, peminat terkejut apabila bintang filem pujaan mereka mengumumkan dirinya mahu berehat seketika dari dunia lakonan kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga.

Selain meluangkan masa bersama keluarga, Shah Rukh Khan juga dilihat muncul dalam rancangan Netflix bersama David Letterman dan dalam acara Tedx.

(Sumber: Masala)
(Sumber foto: Eastern Eye)


Cinema Online, 15 Januari 2020