ENG | BM
Buletin
Shah Rukh Khan dan Kajol kembali bersatu di layar perak?

Penulis: Nisa Irina

Mungkinkah gandingan serasi ini akan dilihat semula di layar perak?
Mungkinkah gandingan serasi ini akan dilihat semula di layar perak?

22 Jan – Tahun lalu selebriti terkenal Shah Rukh Khan mengumumkan bahawa dia akan terlibat dengan beberapa projek filem selepas berehat lama dari dunia lakonan sejak kegagalan filem "Zero".

Laporan terbaru dari Bollywood Hungama menyatakan Shah Rukh Khan telah bersetuju untuk membintangi sebuah filem arahan Rajkumar Hirani dan akan digandingkan dengan seorang aktres ternama.

"Walaupun ada laporan mengatakan Kareena Kapoor Khan telah dipilih, tetapi pembikin filem itu berkeinginan untuk menggandingkan Shah Rukh Khan dengan Kajol dalam filem terbarunya selepas "Sanju".

"Ia merupakan kombinasi yang menarik. Memandangkan Hirani pernah bekerjasama dengan Kareena dalam filem "3 Idiots", dia mungkin lebih tertarik untuk bekerjasama dengan Kajol kali ini," dedah satu sumber.

Tambahnya lagi, Shah Rukh Khan dilihat berulang alik ke pejabat Hirani untuk berbincang mengenai projek filem terbaru mereka dan kini ia hampir ke keputusan muktamad.

Kali terakhir gandingan serasi ini dilihat di layar perak adalah menerusi filem aksi romantik "Dilwale" arahan Rohit Shetty yang ditayangkan pada lima tahun lalu.

Dalam pada itu, Kajol kini sedang meraikan kejayaan filem perang "Tanhaji: The Unsung Warrior" yang meraih kutipan tinggi sejak ia ditayangkan di pawagam pada 10 Januari.

(Sumber foto: Jakpost)
(Sumber artikel: Bollywood Hungama)


Cinema Online, 22 Januari 2020

Pautan Berkaitan
Nishant Dahiya galas watak atlet kriket Anglo-India dalam "'83"
Aktor itu akan menjayakan watak salah seorang ahli pasukan kriket India Roger Binny.
Projek filem biopik Ma Anand Sheela tak akan direalisasikan?
Difahamkan bahawa Ma Anand Sheela tak benarkan Priyanka Chopra bintangi biopiknya.
Alaya Furniturewalla ingin cipta nama sendiri
Aktres baru itu akan membintangi filem debutnya berjudul "Jawaani Jaaneman".
Hrithik Roshan terdesak ingin bawa watak polis?
Aktor itu turut memberi penghargaan kepada Polis Mumbai di sebuah acara tahunan.
Jassie Gill tak anggap rakan aktor sebagai pesaing
Aktor itu turut bekerjasama dengan rakan-rakan aktornya untuk menjayakan filem "Panga".
Alaya Furniturewalla ingin bintangi filem Sanjay Leela Bhansali
Walau bagaimanapun Alaya akui masih belum bersedia untuk perancangan tersebut.
Jackie dan Tiger Shroff akhirnya disatukan dalam "Baaghi 3"
Keinginan peminat untuk melihat anak beranak ini dalam filem akhirnya direalisasikan.