ENG | BM
Buletin
Sonakshi Sinha berjaya buktikan dirinya aktres versatil

Penulis: Nisa Irina

Sonakshi Sinha bangga dengan pencapaiannya sehingga kini.
Sonakshi Sinha bangga dengan pencapaiannya sehingga kini.

27 Jan – Aktres Sonakshi Sinha mendedahkan kejayaannya sebagai pelakon versatil bermula dengan sikap berani mencuba sesuatu yang baru serta tidak meletakkan had terhadap lakonannya.

"Saya selalu ingin mencuba pelbagai jenis kerja yang berbeza, dan sehingga satu tahap saya bangga dengan diri saya kerana berjaya melakukannya.

"Pengalaman menggalas pelbagai watak dan terlibat dengan pelbagai filem banyak mendorong saya. Saya tidak pernah mengehadkan lakonan saya dan sebab itu saya mampu melakukan pelbagai kerja," ujarnya seperti yang dipetik dari Times of India.

Terbaru, Sonakshi sedang meraikan kejayaan filem aksi "Dabangg 3" arahan Prabhu Deva, di mana dia digandingkan bersama bintang terkenal Salman Khan.

Selain Sonakshi dan Salman, filem ketiga dari francais "Dabangg" itu turut menampilkan Arbaaz Khan, Sudeep dan Saiee Manjrekar sebagai watak utama.

Beralih ke perkembangan lain, Sonakshi akan kembali ke layar perak menerusi filem "Bhuj: The Pride of India" bersama Sanjay Dutt dan Ajay Devgn.

Filem biopik perang arahan Abhishek Dudhaiya dijangka bakal ditayangkan di pawagam pada 14 Ogos 2020.

(Sumber foto: Gohd Live)
(Sumber artikel: Times of India)


Cinema Online, 27 Januari 2020