ENG | BM
Buletin
Tara Sutaria jadi pilihan pihak produksi "Ek Villain 2"

Penulis: Nisa Irina

Tara Sutaria akan jayakan watak seorang penyanyi dalam "Ek Villain 2".
Tara Sutaria akan jayakan watak seorang penyanyi dalam "Ek Villain 2".

12 Mac – Selepas Disha Patani dipilih untuk membintangi "Ek Villain 2", kini pihak produksi filem itu memilih aktres Tara Sutaria untuk mengisi sebuah lagi ruang kosong bagi peneraju wanita utama.

Sehubungan dengan itu, Tara akan digandingkan bersama aktor Aditya Roy Kapur sementara Disha pula di samping aktor John Abraham untuk melengkapkan empat peneraju utama filem tersebut.

Seperti yang dilaporkan Pinkvilla, memandangkan Tara mempunyai latar belakang dan pengalaman sebagai penyanyi opera, maka untuk filem sekuel itu dia telah diberikan watak seorang penyanyi.

"Sukar untuk mendapatkan nuansa seorang pemuzik tetapi saya bertuah kerana Tara sudah lama berlatih. Suara lunak yang hadir daripada seorang aktres muda. Itu yang saya perlukan untuk watak dalam filem ini.

"Memandangkan keempat-empat pelakon telah ditetapkan, kami akan teruskan dengan sesi suai kenal sebelum membuat tinjauan lokasi penggambaran.

"Kami jangka sesi penggambaran akan dijalankan pada pertengahan tahun ini," ujar pengarah Mohit Suri yang merancang untuk menghasilkan alam sinematik anti-hero dari francais "Ek Villain".

Filem pertama iaitu "Ek Villain" (2014) yang dibintangi oleh Riteish Deshmukh, Sidharth Malhotra dan Shraddha Kapoor telah berjaya menerima sambutan memberansangkan selepas ia dirilis.

Tara yang membuat debut di layar perak menerusi "Student of the Year 2" turut mempunyai sebuah lagi projek filem aksi romantik baru berjudul "Tadap" arahan Milan Luthria.

(Sumber: Pinkvilla)
(Sumber foto: Hello Magazine)


Cinema Online, 12 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Rohit Shetty berani ambil risiko hasilkan alam sinematik polis
Shetty berpendapat ramai pembikin filem takut untuk hasilkan filem komersial.
Dinesh Vijan rancang terbit "Chinese Medium" pula
Perancangan itu dipertimbangkan selepas filem "Hindi Medium" mendapat sambutan di China.
Kareena Kapoor teruja berkongsi skrin dengan Irrfan Khan buat pertama kali
Aktres itu bakal muncul dengan filem terbarunya "Angrezi Medium".
Kerajaan arah semua panggung wayang di Delhi ditutup sehingga 31 Mac
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
"Sooryavanshi" akhirnya terpaksa ditunda juga
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat dan penutupan panggung di Delhi.
Saket Chaudhary akui tak berminat arah filem "Agrezi Medium"
Pengarah itu berasa cukup untuk menyampaikan ceritanya menerusi "Hindi Medium".