ENG | BM
Buletin
Tamannaah Bhatia amal langkah pencegahan COVID-19

Penulis: Nisa Irina

Tamannaah Bhatia antara selebriti Bollywood yang terkesan dengan COVID-19.
Tamannaah Bhatia antara selebriti Bollywood yang terkesan dengan COVID-19.

20 Mac – Ketika seluruh dunia sedang melawan penularan pandemik COVID-19, aktres Tamannaah Bhatia memberitahu dia juga tidak ketinggalan untuk berkongsi langkah pencegahan yang diamalkan.

"Ideanya adalah untuk sentiasa berada dalam keadaan selamat dan membersihkan diri kita sebanyak mungkin.

"Di sini saya ingin menasihatkan orang ramai supaya menggunakan 'sanitiser' yang mengandungi alkohol dan memakai topeng muka setiap masa, seperti yang saya lakukan.

"Saya tidak tahu sudah berapa banyak 'sanitiser' yang saya ada sekarang, walaupun saya lebih gemar membasuh tangan. Ia menjadikan kita lebih bersih.

"Walau apapun saya berharap orang ramai tidak panik dan bawa bertenang, serta peka dengan keadaan semasa dan bantu mencegah penyebaran wabak ini," jelasnya menerusi Times of India.

Beralih ke perkembangan karier, Tamannaah bakal tampil dalam dua buah filem terbaru yang kini masih dalam proses penggambaran iaitu "Bole Chudiyan" dan filem Telugu "Seetimaarr".

Selain itu, dia juga membintangi sebuah siri web thriller jenayah berjudul "The November's Story" bersama aktor G. M. Kumar, yang diarahkan Ram Subramaniam.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Tamannaah Bhatia Instagram)


Cinema Online, 20 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Imtiaz Khan disahkan meninggal dunia
Pengarah dan aktor veteran itu meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan.
Sesi uji bakat filem buat Radhika Madan lebih yakin
Aktres itu berpendapat pelakon yang tidak menyertai uji bakat kurang keyakinan diri.
Kriti Sanon perlu susutkan badan pula
Sebelum ini Kriti perlu menambah berat sebanyak 15kg untuk wataknya dalam filem "Mimi".