ENG | BM
Buletin
Tahira Kashyap dan Ayushmann Khurrana pandai bahagi masa

Penulis: Nisa Irina

Tahira Kashyap dan Ayushmann Khurrana saling beri sokongan antara satu sama lain.
Tahira Kashyap dan Ayushmann Khurrana saling beri sokongan antara satu sama lain.

26 Mac – Biarpun kedua-duanya terikat dengan jadual kerja yang semakin padat, namun perkara itu tidak merenggangkan hubungan pasangan selebriti Tahira Kashyap dan Ayushmann Khurrana.

"Ayush sangat sibuk buat masa ini tetapi saya gembira dengan dia. Dia bekerja keras untuk sampai ke tahap ini. Kami telah menerima hakikat ini tanpa sebarang masalah, dan perkara menjadi mudah.

"Kami menerima setiap peluang dan halangan yang mendatang. Jika tidak memikirkan usahanya, mungkin pada masa ini saya sudah kecewa kerana sudah berbulan-bulan dia sibuk.

"Kami akan berbincang dan merancang untuk masa depan kerjaya kami serta membahagikan masa. Dia memberi sepenuh sokongan kepada impian dan cita-cita saya," ujar Tahira yang dipetik dari Times of India.

Menurut Tahira, dia bakal memulakan produksi filem cerekanya, yang mana dia bertindak sebagai penulis dan pengarah, namun terpaksa ditunda sehingga situasi pandemik COVID-19 terkawal.

Untuk rekod, pasangan Tahira dan Ayushmann telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 2018 dan dikurniakan dua orang anak.

Beralih ke perkembangan lain, Ayushmann pula sedang meraikan kejayaan filem barunya "Shubh Mangal Zyada Saavdhan" arahan Hitesh Kewalya yang ditayangkan pada Februari lalu.

Selain itu, Ayushmann bakal tampil dalam dua buah filem terbaru, iaitu filem komedi "Gulabo Sitabo" arahan Shoojit Sircar dan sebuah filem aksi thriller arahan Anubhav Sinha yang belum diberi judul.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Tahira Kashyap Instagram)


Cinema Online, 26 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Rakul Preet Singh akui penggambaran iklan barunya mencabar
Pihak produksi telah mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang penggambaran berlangsung.
Penggambaran filem baru Pooja Hegde ditangguhkan
Aktres itu pulang ke India selepas penggambaran di Eropah ditangguhkan atas faktor keselamatan.
Shahid Kapoor kongsi aktiviti ketika tempoh kuarantin
Aktor itu meluangkan masa menjawab pertanyaan para peminatnya di Instagram.