ENG | BM
Buletin
Varun Dhawan akui bapanya David Dhawan seorang pengarah yang tegas

Penulis: Nisa Irina

Varun Dhawan ingin buktikan kepada bapanya dia mampu menjadi aktor yang lebih baik.
Varun Dhawan ingin buktikan kepada bapanya dia mampu menjadi aktor yang lebih baik.

15 Jan – Aktor Varun Dhawan mendedahkan bekerja dengan bapanya iaitu David Dhawan tidak mudah seperti disangka kerana David disifatkan sebagai seorang pengarah yang tegas.

Sebelum ini, Varun pernah membintangi dua buah filem di bawah arahan bapanya, iaitu "Main Tera Hero" dan "Judwaa 2".

"Saya tak pernah berpeluang untuk melihat skrip penuh bagi filem-filem itu selagi saya tidak memberi kata putus kepadanya. Dia juga tak pernah mengikut kehendak saya.

"Dia pernah memberitahu 'Saya tidak menunjukkan skrip Salman Khan, Govinda dan Anil Kapoor, jadi kepada saya perlu tunjukkan kepada awak?'

"Saya sering menganggap ia sebagai satu cabaran untuk membuktikan bapa saya salah dalam setiap situasi dan memperbaiki kelemahan diri saya untuk menjadi lebih baik," katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Terbaru, Varun akan kembali ke layar perak bersama aktres Sara Ali Khan menerusi filem komedi terbaru "Coolie No. 1" yang diarahkan oleh bapanya.

"Coolie No. 1" turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Paresh Rawal, Javed Jaffrey, Rajpal Yadav, Johnny Lever dan Sahil Vaid, filem itu akan dirilis di pawagam pada 1 Mei 2020.

(Sumber foto: Varun Dhawan Instagram)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)


Cinema Online, 15 Januari 2020