ENG | BM
Buletin
Dinesh Vijan rancang terbit "Chinese Medium" pula

Penulis: Nisa Irina

"Chinese Medium" akan direalisasikan oleh Dinesh Vijan jika Irrfan Khan bersetuju.
"Chinese Medium" akan direalisasikan oleh Dinesh Vijan jika Irrfan Khan bersetuju.

10 Mac – Belum lagi filem terbarunya "Angrezi Medium" ditayangkan di pawagam, penerbit Dinesh Vijan sudah mempunyai perancangan untuk mengembangkan francais itu dengan menerbitkan filem "Chinese Medium".

Perkara itu dipertimbangkan selepas filem pertama "Hindi Medium" (2017) yang diterajui oleh Irrfan Khan berjaya menerima sambutan baik di China selepas ia ditayangkan di sana pada April 2018.

""Hindi Medium" dirilis di China dan mendapat sambutan di sana. "Angrezi Medium" juga akan dirilis di sana dalam beberapa bulan akan datang. Saya berada di negara itu empat minggu selepas "Hindi Medium" ditayangkan di sana.

"Ketika menjamu selera di sebuah restoran, seorang pelayan bertemu saya dan memberitahu dia telah menonton filem itu bersama anaknya dan filem itu banyak berkait dengan dia. Dari situ idea untuk filem ini datang.

"Memandangkan pendidikan itu sebuah subjek yang universal, saya rasa ianya wajar untuk memperkembangkan francais ini. Perancangan ini akan diteruskan hanya jika rakan saya Irrfan Khan bersetuju," ujarnya seperti yang dilaporkan The Live Mirror.

Menerusi "Angrezi Medium", Irrfan Khan akan menjayakan watak seorang pemilik kedai manisan, Champak Bansal, yang ingin menunaikan hasrat anaknya Tarika, yang digalas oleh Radhika Madan, untuk menyambung pengajian di London.

Selain Irrfan dan Radhika, filem itu turut dibintangi pelakon lain seperti Kareena Kapoor Khan, Deepak Dobriyal, Dimple Kapadia, Ranvir Shorey, Pankaj Tripathi dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Homi Adajania, "Angrezi Medium" bakal dirilis pada 13 Mac ini.

(Sumber: 3rd Eye Reports)
(Sumber foto: Kareena Kapoor Khan Instagram)


Cinema Online, 10 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Jacqueline Fernandez dedah cabaran sebelum ceburi dunia Bollywood
Aktres itu dedahkan ramai pihak berpendapat dia tidak sesuai untuk industri itu.
Kajol gembira buat pilihan tepat untuk debut filem pendek
Aktres itu telah menjayakan filem pendek arahan Priyanka Banerjee berjudul "Devi".
Taapsee Pannu jalani latihan kecergasan di Haridwar
Aktres itu sedang mempersiapkan diri sebelum penggambaran "Rashmi Rocket".
Produksi "Badhaai Do" bakal mula Jun 2020
Filem itu merupakan sekuel kepada "Badhaai Ho" yang ditayangkan dua tahun lalu.
Jackky Bhagnani bakal hasilkan 'remake' "The Burning Train" dalam skala besar
Produksi filem itu dijangka akan bermula pada separuh kedua tahun ini.
Tara Sutaria jadi pilihan pihak produksi "Ek Villain 2"
Aktres itu akan digandingkan bersama tiga lagi peneraju utama filem sekuel tersebut.
Mrunal Thakur jadi polis dalam 'remake' "Thadam"
Aktres itu akan digandingkan bersama aktor Sidharth Malhotra sebagai peneraju utama.