ENG | BM
Buletin
Yusry Abdul Halim lebih banyak buat kerja sendiri

Penulis: Ashraf Nasser

Yusry Abdul Halim akui dia tidak berminat untuk menghasilkan animasi.
Yusry Abdul Halim akui dia tidak berminat untuk menghasilkan animasi.

17 Feb – Pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim memberitahu sejak tiga tahun lalu dia lebih banyak melakukan kerja sendiri, tetapi menafikan dirinya sudah tidak lagi bersama syarikat KRU Studios.

"Saya bukanlah keluar dari KRU Studios, sebaliknya saya banyak fokus dengan kerja sendiri. Sekiranya Norman memerlukan khidmat, dia tetap memanggil saya.

"Sya banyak bergerak membuat kerja sendiri sejak dua tiga tahun lalu. Sebenarnya ia lebih memberi kepuasan kerana mampu mengembangkan idea. Apabila bekerja dengan KRU, sudah tentu saya akan melakukan kerja yang biasa saya buat dengan Norman dan kakitangan," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Tambah pengarah "Vikingdom" ini lagi, apabila dia bekerja dengan produksi luar fikirannya lebih terbuka selain banyak mempelajari banyak perkara baru.

Dalam pada itu, pengarah berusia 47 tahun itu mendedahkan mengapa dia mengambil keputusan untuk banyak melakukan kerja sendiri kerana dia tidak berminat untuk membuat animasi.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya Yusry kini terlibat dengan rancangan "I Can See Your Voice" musim ketiga bersama Jihan Muse dan Mark Adam.

Selain itu dia juga bakal mengarah sebuah drama terbitan Suhan Movies termasuk terlibat dengan pementasan teater muzikal "Puteri Gunung Ledang" dalam mengendalikan kesan visual.

(Sumber foto: Yusry Abdul Halim Instagram)


Cinema Online, 17 Februari 2020

Filem Berkaitan
Vikingdom (12 Sep 2013)
Cicakman 3 (Malay) (12 Mar 2015)
Wheely (Malay) (16 Aug 2018)
Pautan Berkaitan
Yusry, Lisa Surihani bakal timang cahaya mata kedua
Berita gembira itu ditulis oleh Yusry di laman sosial Instagram miliknya.
Erra Fazira tak kisah jika digandingkan dengan Yusry
Pelakon itu memberitahu perkara itu tidak akan menjejaskan kerjaya seninya.
"Wheely" bakal kembalikan kegemilangan KRU Studios?
Setelah sekian lama menyepikan diri, KRU Studios akhirnya bakal muncul dengan filem animasi terbaru.