ENG | BM
Buletin
Zara Zya luah hasrat ingin bintangi filem aksi

Penulis: Ashraf Nasser

Zara Zya bimbang jika penonton sudah mula jemu dengan lakonannya.
Zara Zya bimbang jika penonton sudah mula jemu dengan lakonannya.

25 Mac – Pelakon Zara Zya mendedahkan dia kini bersedia untuk kembali ke layar perak jika diberi peluang membintangi filem aksi dan tidak akan berfikir dua kali untuk menerima tawaran.

Menurut Zara, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, dia sedia untuk menjalani latihan khas sebelum memasuki set penggambaran supaya gaya lakonannya nampak lebih asli.

"Sebelum ini, ada penerbit pernah bertanyakan kepada saya untuk membintangi filem aksi dan mestilah saya nak untuk kerjaya lakonan tetapi perlukan masa untuk latihan.

"Saya tak nak nanti apabila berlakon, orang akan nampak lakonan saya tak menjadi. Saya sanggup melakukan latihan tetapi beri masa sebulan," katanya yang dipetik dari mStar Online.

Dalam pada itu, Zara mengakui berasa bimbang jika penonton sudah mula jemu dengan watak wanita baik yang sering dibawanya dalam drama.

"Saya tahu memang ada penonton yang dah bosan dan tanya bila saya nak bawa watak jahat. Saya takut orang akan gelak atau benci apabila saya bawa watak itu," tambahnya lagi.

Baru-baru ini, Zara digandingkan semula dengan pelakon Azree Khairi menerusi drama bersiri 28 episod "Seadanya Aku" yang ditayangkan di TV3 pada 15 Januari hingga 21 Februari.

Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, Zara turut menasihati masyarakat supaya menjaga keselamatan serta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan menerusi laman Instagram.

(Sumber foto: Zara Zya Instagram)


Cinema Online, 25 Mac 2020

Filem Berkaitan
Rembat (Malay) (08 Oct 2015)
Pautan Berkaitan
Zara Zya bersyukur tawaran berlakon tidak pernah putus
Pelakon itu juga berkata dia masih lagi aktif dengan kerjaya walaupun baru sahaja putus tunang.
Zara Zya tangguh nikah kerana sibuk
Pelakon itu terpaksa tunda niat untuk berkahwin pada tahun ini kerana terlalu sibuk dengan kerjaya.
Zara Zya tolak tawaran menyanyi
Pelakon itu sanggup tolak tawaran menyanyi kerana tidak mahu 'miming'.
Riena Diana tangguh penggambaran "By The Sea" musim kedua
Pelakon itu menjelaskan pihak produksi perlu akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan.