ENG | BM
Buletin
Zizie Ezette akui rindu untuk kembali beraksi di hadapan kamera

Penulis: Ashraf Nasser

 Zizie Ezette lebih utamakan anak-anak berbanding kerjaya lakonannya.
Zizie Ezette lebih utamakan anak-anak berbanding kerjaya lakonannya.

19 Mac – Pelakon Datin Seri Zizie Ezette meluahkan rasa rindunya untuk kembali beraksi di hadapan kamera setelah hampir tiga tahun tidak berbuat demikian.

Menurut Zizie kali terakhir dia berlakon adalah pada tahun 2017 menerusi drama "Hero Seorang Cinderella" sebelum mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan anak-anaknya yang masih kecil.

"Anak-anak saya pun masih kecil dan memerlukan perhatian. Sebagai ibu, saya berasakan mereka keutamaan dan selesa melihat anak membesar depan mata.

"Saya tidak mahu terlepas setiap saat melihat pembesaran mereka. Jadi, buat masa sekarang biarlah saya hanya beri tumpuan pada keluarga," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon "Black Maria" ini berkata walaupun dia mempunyai pembantu yang menjaga anak-anaknya, tetapi dia sangat cerewet dalam soal penyediaan makanan mereka.

Aktes yang merupakan kakak kepada pelakon terkenal Shaheizy Sam ini merupakan isteri kepada ahli politik iaitu Bung Moktar.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata dan dua orang anak angkat.

(Sumber foto: Hijabista)


Cinema Online, 19 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Tayangan "Bulan & Pria Terhebat" dihentikan
Pihak penerbit akur dengan arahan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.
Produksi filem "Jersey" Shahid Kapoor ditangguhkan tiga minggu
Perkara itu berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
Aznil Nawawi bantu beri kesedaran pada masyarakat
Selebriti itu menasihatkan masyarakat supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
Filem tempatan terpaksa ditunda akibat COVID-19
Berikut adalah senarai beberapa buah filem tempatan yang terpaksa menunda tarikh tayangan filem mereka.